menurut kamus dewan edisi ketiga yang aku beli zaman persekolahan menengah rendah dahulu, nasyid ialah lagu yang biasanya dinyanyikan secara kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsurkan islam.
menurut kamus yang sama, muzik pula ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan.
menyingkap kembali sejarah nasyid di bumi Malaysia ini, aku pasti nama-nama seperti al-jawaher, al-mizan, brothers, raihan, rabbani, hijjaz, in-team akan menerawang di fikiran.
aku pun bukanlah seorang yang berpengetahuan sangat tentang sejarah nasyid tapi aku tahu dan suka lagu-lagu al-jawaher terutamanya yang merah itu saga, perjalanan, kembara di tanah gersang dan ‘nyanyian dunia’. lagu-lagunya tenang dan penuh dengan nasihat dan seloka. memang sesuai dengan definisi nasyid.
aku mula berkenalan dengan lagu nasyid semasa aku di tadika PASTI, tapi aku terlalu nakal untuk memahami keindahan nasyid pada waktu itu.
darjah 5 di sekolah taman suria jb, aku mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid sekolah rendah. aku adalah seorang penyanyi latar yang berjaya pada waktu itu, menyanyikan lagu bertajuk ‘buta mata’ dan ‘rasulullah’, lagu yang masing-masing kini dipopularkan semula oleh kumpulan SaffOne dan Hijjaz.
terus terang pada pendapat aku, nasyid hanya betul-betul mula bertapak dalam arena seni suara tanah air semasa era kemunculan kumpulan Raihan.
aku pada waktu itu baru di bangku sekolah rendah, masih berhingus dan nakal. tapi aku pelik kenapa kawan aku seorang berbangsa cina seronok menyanyikan lagu puji-pujian oleh raihan. dan aku bertambah pelik apabila murid-murid sekolah aku yang ala-ala gangster turut sama bersiul lagu raihan. lagu raihan menjadi lebih popular dari lagu search, awie dan artis-artis lain pada waktu itu. pelik kan?
nasyid berevolusi mengikut rentak muzik terkini. hari ini kita boleh dapati pelbagai jenis nasyid yang semakin bercabang-cabang. aku yakin, sejauhmana pun cabang itu bercambah, akarnya tetap membawa kepada matlamat untuk menyampaikan keindahan islam kepada masyarakat.
adakah nasyid hanya satu lagi genre muzik? aku berpendapat nasyid bukan hanya satu lagi genre muzik tapi mungkin 6, 7 atau lebih lagi genre muzik. pendapat kasar ini aku dasarkan kepada definisi nasyid, ‘lagu yang mengandungi seni kata berunsurkan islam’.
nah, kalau begitu, lagu hip hop yang mengandungi seni kata berunsurkan islam, bukankah itu nasyid? antara kumpulan nasyid hip hop terkenal ialah ‘soldiers of Allah’.
begitu juga untuk lagu r&b, jazz, rock, pop dan apa jua genre muzik lain, sekiranya dihiasi dengan seni kata berunsurkan Islam, pasti mampu menjadi alat dakwah yang mantap.
alat dakwah yang membolehkan mesej-mesej yang biasanya tidakĀ sampai kepada insan-insan tertentu melalui nasyid conventional, disampaikan dengan irama nasyid yang telah berevolusi