Assalamualaikum W.B.T, salam perkenalan tajuk diberi, biasa didengar dan sangat lah clise tapi malar segar dan jitu. sebenarnya apa yang membuatkan aku tertarik untuk mencuba dunia blogging ini yang paling utama sekali adalah kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. mungkin ini lah yang dikatakan sebagai pengaruh rakan sebaya? kawan-kawan yang dimaksudkan ialah ali asyraf, nasrul hadi, fauzani, azam dan zhafran. walaupun laman blog mereka bukanlah merupakan laman blog yang pertama kali aku layari, namun dengan melayari laman web kawan-kawan matriks aku ini lah yang telah membuka hati aku untuk memulakan blog ini.
setiap manusia itu mempunyai pendapat dan cara berfikir yang berbeza-beza. ada yang berfikir dengan sangat mendalam dan ada yang tidak berfikir pun. aku? tak pandai pula nak menilai diri sendiri, tapi saudara mara menganggap aku seorang yang selamba. apa kena mengena selamba dengan kapasiti pemikiran aku ya? aku pun tak tahu. tapi itu lah perkataan yang mampu aku kaitkan dengan diri sendiri.
seperkara yang dapat aku ekstrak dari laman blog kawan-kawan matriks aku adalah betapa sebenarnya banyak perkara yang boleh kita kongsi dengan menulis blog. seronok membaca pendapat mereka disamping dapat menilai sejauh mana perkembangan minda dan kematangan masing-masing. maksud aku dengan menilai itu hanyalah sebagai seorang insan yang tidak lepas dari menilai seorang insan lain. apa yang orang tua-tua kata sebagai ‘first impression’. orang tua-tua orang putih la yang kata kan.
banyak aspek kehidupan yang boleh kita kongsikan melalui penulisan blog seperti kerohanian, politik, kesihatan, sukan, hiburan, pendidikan, dan sebagainya. apa yang penting, sesuatu pendapat itu adalah sangat berharga kerana setiap pendapat itu lahir dari akal yang memang Allah ciptakan berbeza-beza supaya ada counter and balance. tidak semua pendapat adalah betul, dan tidak semua pendapat adalah salah bukan? oleh itu dengan adanya pendapat yang salah dan betul ini maka manusia boleh membuat penilaian berdasarkan apa jua yang hendak mereka dasarkan (paling utama adalah al-quran dan al-sunnah lah kan)
aku pula? terus terang aku katakan aku bukanlah seorang yang analis, cuma suka untuk berkongsi apa yang berlegar-legar di kotak pemikiran aku ini. kepada yang sudi membaca tulisan aku, terima kasih dan tolonglah betulkan sekiranya ada perkara-perkara yang aku tersilap. tidak kisah lah, tersilap fakta, tersilap kata, hatta tersilap taip sekalipun, anda dialu-alukan untuk membetulkannya supaya aku boleh belajar dari kesilapan itu. insyaAllah bersama-sama kita memperoleh manfaat dari perkongsian ini.