Salam perkenalan diri

Memperkenalkan diri. memper-kenal-kan diri. dengan memperkenalkan diri bermaksud aku mestilah mengenali diri sendiri. persoalannya adakah aku mengenali diri sendiri? adakah semua insan mengenali diri sendiri? kalau anda tidak mengenali diri sendiri, siapa lagi boleh mengenali diri anda? selain Allah yang Esa, sepatutnya kita lah yang paling hampir dalam mengenali diri sendiri. persoalannya, sejauhmana kita mengenali diri sendiri? berapa peratus dari diri kita yang sebenar, sebenarnya kita kenali? kalau terus mempersoalkan setiap sesuatu macam ini, boleh pening juga kan.

teringat kisah nabi Musa A.S dengan kaum yahudi dalam surah al-baqarah. perihal sapi betina, dimana yahudi tersebut bertanya banyak sehingga menyulitkannya untuk mencari sapi betina sebagaimana yang Allah S.W.T cirikan.

dari konteks seorang pelajar, pertanyaan amat kritikal dalam memahami isi pelajaran. pada pandangan aku, ramai pelajar yang mengambil jalan mudah dengan hanya menghafal setiap ceruk buku teks. mudah kan? bergantung pula pada individu. namun bagi pelajar sederhana macam aku ni, mutakhir ini, sejak bergelar pelajar sarjana, aku mula sedar betapa perlunya pemahaman di samping hafalan. lama sungguh ya baru aku sedar hakikat ini? sebenarnya bukan aku tidak pernah sedar, tapi bukankah manusia itu mudah lupa? lebih-lebih lagi melayu itu mudah lupa.

biasanya kesedaran aku akan berputik di saat-saat genting bilamana musim peperiksaan menjelma dan mula menyerapkan gigil-gigil seram dalam rawan. ya akulah yang mereka gelar golongan ‘last minute study’er.

dunia aku sebagai pelajar bermula seawal 1988 bila abah dan mak menghantar aku ke tadika PASTI di kampung melayu, JB. tadika yang memperkenalkan aku kepada ustazah yang garang dan mee goreng yang sedap di waktu rehat. tok mat pula akan mengambil aku sebaik habis sesi tadika, dengan berjalan kaki. terima kasih tok mat. banyak yang aku belajar di situ. tapi aku masih belum mengenali kegentingan peperiksaan, hanya keseronokan berkawan. tidak lupa juga, tadika PASTI telah memperkenalkan aku kepada nasyid. namun aku tidaklah begitu meminati nasyid pada waktu itu.

meningkat usia aku 5 tahun, aku dihantar ke tadika tunku syariah (TTS) larkin. tadika ini sekarang sudah menjadi semak samun dan menyerupai tinggalan yang mungkin membuatkan indiana jones berfikir untuk menerokanya. TTS boleh aku katakan sebagai lawan kepada tadika PASTI. sekiranya waktu aku di tadika PASTI aku diajar berdoa, mengaji dan segala yang Islamik, di TTS adalah sebaliknya. kami diajar berpegangan tangan lelaki dan perempuan, menari, bermain alat music dan lain-lain. positifnya di TTS aku diperkenalkan dengan bahasa inggeris, bahasa china, dan matematik.

1992 aku menjejakkan kaki di sekolah kebangsaan larkin 2 sebagai murid tahun 1. antara peristiwa paling bersejarah dalam hidup aku pada tahun itu adalah kelahiran adik perempuan aku, satu-satunya adik beradik aku sehingga hari ini. peristiwa paling ngeri dalam hidup aku juga telah berlaku pada tahun itu. apa peristiwanya? lain kali lah aku ceritakan. di sekolah ini juga aku pertama kali berjumpa dengan kawan baik aku, azzad hakimi abd aziz semasa darjah 1.

1995 aku berpindah ke sekolah kebangsaan taman suria. sekolah yang paling banyak memberikan kenangan manis pada aku. sekolah yang mempertemukan aku dengan kawan-kawan yang sporting dan menyayangi. kalau Enid Blyton menulis kisah ‘famous five’, aku juga ada kumpulan yang ala ‘famous five’ juga. kami memanggil diri kami, ‘gangstar’. ahlinya terdiri dari aku, ghazali, azzad, firdhaus dan harun. ya, kami terlebih dahulu memikirkan penggunaan perkataan ‘gangstar’ pada tahun 1997 berbanding pengarah program ‘gangstarz’ tv3. kalau nak dibandingkan pengembaraan ‘famous five’ karya enid blyton, pengembaraan gangstar hanyalah dari sekolah ke rumah masing-masing. pada kami, pengembaraan yang seronok dan mencabar. konon-kononnya lah

penat pula nak bercerita panjang. mungkin kisah seterusnya akan aku sambung pada masa akan datang.

akhir sekali, ‘aku’ di dalam tulisan ini bernama Muhammad Lutfi Bin Othman. kini sedang belajar di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan sarjana kejuruteraan awam. bermastautin di Larkin Jaya.

2 Responses to Salam perkenalan diri

  1. mahabbah berkata:

    salam ziarah.. selamat memblogkan diri..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.